Column

Tuesday, September 8, 2015

Cuti Bajet: Perlis 1

Mengimbau kenangan lepas.  Apa orang kata? #Throwback #Campakbelakang

Lama dah tak holiday.  Tetiba si suami bersuara...'Wakkk, jom kita gi Perlis. Jenjalan dengan anak. Kita bawa mama sekali'. 'Ok!' Sukanya hakak bila suami ajak holiday.  Nyeringai sampai telinga.

Ni kisah pertengahan hari tu, terjadilah percutian yang tak well planning tapi hasilnya?  Superb! Puas hati dan seronok.  Namanya PERCUTIAN BAJET.  Dah lama sangat simpan cerita ni.  Sampai lupa kira-kira ongkosnya.  Yang penting bajet kami bawah RM2000 untuk 3 hari 2 malam.

Singgah R&R, breakfast dulu.
Kami bertolak awal pagi. Sebab suamiku tak nak berpanas dalam kereta. Hehe... Sepanjang jalan tu, kerja SA, Makan. Makan. Dan makan! Campur dengan layan Cikunit yang time tu baru 6 bulan. Untunglah dik, baru 6 bulan, babah dah bawa jenjalan sampai utagha. Mak mentua seronok tengok view sepanjang perjalanan.  Adik ipar SA sambil dengar MP3, melayan mata. Tidur.  Excited tengok mama happy sepanjang jalan. Almaklumlah, mak mentuaku ini tak pernah ke utara.  Ni kira first time dia laa. Gendut drive pun tak laju.  Sedang-sedang je.  So, makan masa dalam 6-7 jam juga nak sampai ke hujung nun.  

Menuju ke Padang Besar

Sampai je Perlis, tempat pertama dituju, Padang Besar.  Memula cari makan dulu.  Harganya lebih kurang je dengan kat Kuala Lumpur.  Mahal wei harga makan sebab....time ni cuti sekolah.  Kenapa kitorang pilih tarikh ni? Sebab nak terus ke kenduri kahwin kawan SA kat Perlis tu.  Okay, back to the topic, makan.  Walaupun mahal tapi masih boleh makan sesedap hokay!  Kenalah pandai bajet kan.  Lepas tu round sikit kat Padang Besar tu, bagi feel sikit kat mama dengan adik iparku. Nak shopping kena tunggu esoknya sebab hotel tak cari lagi, hari dah makin petang.


Sempat wefie sebelum makanan tiba
Kitorang menginap kat Hotel Federal.  Rate untuk 1 malam, RM100 tapi SA dapat diskaun RM10/malam sebab ambil 2 malam. So, RM180 je bayar.  Kitorang ambil sebilik je.  Sebab kami berempat je dan si cikunit tu. Cukuplah 1 bilik.  Bilik pun boleh tahan luas.  Bilik air pun selesa.  Ada parking lot yang banyak dan ada lif. Cuma kalau nak minta khidmat housekeeping, haruslah minta sebelum jam 5.00 petang sebab malam no more housekeeping.  Dah macam office hour pulak housekeepingnya. Ngeh...ngeh...

Kredit: Cik Google

Kredit: Cik Google

Address: 104B Persiaran Jubli Emas,01000 Kangar, Perlis.
Phone:  +604 976 6288 / 6884 / 5288
Fax : +604 976 6224

Malam tu, makan mee goreng mamak sebelah hotel tu je.  Senang kan? Dekat gila nak pergi makan pun. SA malas dah keluar bilik.  Minta Gendut belikan je.  Bila semua dah kepenatan, apa lagi? Tidur je la. Aisyah kalau dapat aircond memang tak bangun dia.  Dah la nak conquer katil sorang dia je.  Bayangkan baby 6 bulan mengangkang atas katil sampai mak pak dia sipi je nak jatuh katil. Aduhai la anak. 


Nota kaki sHiLaZiZi: Panduan nak cari hotel secara online sangat membantu walaupun SA tak beli secara online. 






Post a Comment