Column

Friday, September 18, 2015

Makan-Makan: Cheese Naan Leleh Danau Kota

Lepas insiden terlanggar budak, SA terus pergi latihan bola tampar.  Minta Gendut hantarkan.  Siap bawa Aisyah sekali.  Dah serik nak park kereta bawah pokok kat situ.  Nasib baik Gendut baik hati nak tolong hantarkan.  Ada la dalam sejam training.  Selesai je training, terus ajak Gendut cari kedai makan.  Lapooo... Memula round kat Kg. Baru tapi macam tak feel je nak makan kat situ.  Terus ke Jalan Genting Klang.  Teringat Cheese Naan yang sedap tu. Orang yang cakap.  SA tak pernah rasa lagi.  

Restorannya ngam-ngam belakang Hospital Colombia Asia Setapak je.  Senang sangat nak cari.  Nama restorannya, RSMY. Time kitorang sampai tu belum ramai orang lagi.  Tapi time nak balik, pergh!! Seat kosong memang zero.  Full house!  Okaylah, kita terus cerita pasal menu pilihan ramai ye. Membebel pulak SA ni...hehe...

Macam-macam cheese naan ada

Aneka minuman

 Punyalah banyak jenis cheese naan, sampai tak terpilih SA.  Rasa macam nak order semua je.  Nak rasa semua.  Hehe...Tamakkan... Penyudahnya SA order Yummy Cheese Naan dan Gendut pula Nasi Beriyani Bukhari Ayam. Air pula, Ribena Soda dan Barli Lemon.  Memang terbaik...Korang tengoklah sendiri cheese naannya. Memang Yummy delicious!

Yummy Cheese Naan
 Rasanya yang berlemak dan cheese yang penuh dalam naan tu tak terkata. Naan pun lembut sangat.  Potion besar dan puas makan.  SA makan pun tak habis.  Nasib baik Gendut ada tolong habiskan..hehe...

Nasi Beriyani Bukhari Ayam

Pilihan Gendut memang terbaik.  Menggunakan beras Basmathi, telur sebiji, ayam seketul besar, acar timun yang banyak (tak kedekut langsung) dan kuah kari terbaik.  Memang mengenyangkan.  Gendut sampai tarik nafas nak habiskan nasi beriyani ni. Haha...  SA bagi 8/10.


Nota kaki sHiLaZiZi: SA sekarang ada passion baru. Menjahit.  Jahit apa?  Nanti kita reveal ek :D



Post a Comment