Column

Thursday, September 3, 2015

Alarm Kereta Rosak

Kalau semalam kisah cermin kereta pecah, hari ni kisah pasal kereta jugak tapi lain version.  Bab alarm kereta la pulak.  Tak boleh guna!  Korang bayangkan tengah kalut-kalut nak pergi kerja, tetiba tekan alarm tak berfungsi.  Puas dah ketuk-ketuk, picit-picit, pun tak mau jugak.  Penyudahnya, tawakal je la. Buka kereta guna kunci, apalagi memekaklah alarm tu macam siren bomba daaa....bingit telinga SA.  

Dah call service centre sebelum tu, katanya kalau buka kereta guna kunci memang akan berbunyi alarm tu.  Tapi lepas tu boleh matikan dengan 'button' merah bawah steering kereta.  Malangnya, bila SA cari 'button' tu tak jumpa pulak.  Rupanya memang tak ada. Lampu alarm warna merah je yang ada.  Puas dah si suami tolong cari sampai berpeluh lenjun cari 'button' merah tu, tapi still tak jumpa. Apa lagi aku nak buat? Telinga dah bingit ni.  Orang lalu-lalang tengok je. Datang jiran SA nak tolong, SA minta dia cabutkan penyambung kat bateri tu. Hah, baru lega kata ko.  Tapi masalah masih belum selesai.  

Macam mana SA nak pergi kerja kalau penyambung bateri dah dicabut?  Datang idea yang kurang cerdik tapi boleh pakai la kan... potong je wayar kat siren alarm tu.  Ingatkan boleh matikan bunyi. Rupanya wayar tu disfunction.  Macam tak ada kena-mengena dengan alarm pun.  Minta tolong jiran lagi sekali untuk cabutkan wayar alarm sementara nak ke bengkel.  Alhamdulillah, bunyi dah tak ada.  

Pergi bengkel untuk cabut wayar bawah steering pulak sebab even dah tak berbunyi alarm tu tapi lampu merah tu still berkelip.  Tu makan bateri jugak ye.  Kang tak pepasal SA park kat ofis, nak balik kerja petang nanti, tak boleh hidup pulak sebab bateri kong.  Lagi masalah besar! Orang bengkel pun pandai, nak cas lelebih, dia nak 'cut off' terus wayar tu.  Yelah, kalau dah buat gitu, nanti nak sambung balik, dapatlah caj banyak sikit.  SA bertegas suruh dia cabut je wayar tu dan jangan potong. Muka dia pelik.  

Siap tanya, 'Kak, you tau pasal kereta ke?'. 

Dengan confidentnya aku jawab, 'Taulah jugak cuma ni wayar I tak tau nak cabut yang mana satu sebab too much. Nanti salah cabut terus I tak boleh pergi kerja. You jangan ingat perempuan tak tau pasal kereta maaa'. 

Dia angguk dan senyum je.  Padahal, memang aku tak tau sangat pun pasal kereta ni. 

Kuang....kuang....kuang.... 

Sesuka hati je nak caj orang kan. Tapi setakat cabutkan wayar pun, diorang caj sampai RM10!  Aku minta kurang, dia bagi RM8 plus GST. Kena jugaklah RM8.50.  Senang betul dia buat duit!


Nota kaki sHiLaZiZi: Kaum Hawa, please amik tau serba sikit pasal kereta sebelum nak hantar ke bengkel.  Kalau tak, memang kena 'ketuk'lah jawabnya.  Teringat sorang kawan lama SA, pompuan gak tapi rajin belajar bab kereta.  So, bila worsyop nak tipu, tak boleh!
Post a Comment