Column

Friday, September 18, 2015

Eksiden Lagi!

Semalam, orang tengah sibuk balik kerja, banyaklah kereta atas jalan.  SA pun slow je la.  Dalam slow pun, boleh terkejut tengok budak lintas jalan menonong je.  Nasib baik sempat brek.  Lepas tu, tekan minyak nak teruskan perjalanan, tetiba ada budak melintas menonong lagi.  Ini kali tak sempat elak dah.  Terus sodok je.  Nasib baik baru tekan minyak.  So, tak cecah 20km/j lagi.  Macam tu pun budak tu tergolek hampir dekat tayar kereta SA.  

Dah la SA ni spesis tak boleh terkejut extreme.  Terus paralyse separuh badan.  Tersentak SA time berdentum dengan budak tu.  Terdiam jap dalam kereta.  Nurse HKL yang baru balik kerja time tu, dia yang tolong SA redakan paralyse tu.  Baru boleh gerak bangun keluar dari kereta.  

Tetiba kakak dia datang ambil adiknya.  Kakaknya pun dalam umur 8-9 tahun je.  Ada 2-3 orang yang naik motor nampak kejadian berlaku.  Diorang cakap kat SA jangan risau sebab diorang nampak budak tu lari menonong je.  Tapi dah kita yang langgar kan, pergilah rumah dia kat tepi tempat kejadian tu, jumpa mak pak dia.  SA minta maaf bebanyak sebab terlanggar anak diorang. Bapak dia bukan main marah lagi kat anaknya. Katanya dah banyak kali kena tapi tak cedera teruk.  Hmm...  Mak dia sedaya upaya protect anak tu supaya tak kena bedal dengan bapaknya.  

Dah tau anak tu lasak macam tu, kenapa tak diawasi sebaik mungkin? Kenapa biar anak main tepi jalan besar?  


Nota kaki sHiLaZiZi: Kalau kejadian macam ni jadi kat korang, korang nak salahkan siapa? Anak ke makpaknya?

Post a Comment