Column

Thursday, March 3, 2011

Saman!!!

Hemm....baik hati!  Itulah ayat paling sesuai untuk aku gambarkan kerajaan Malaysia ni.  Ye lah kan, hari tu beriya bagi tempoh untuk bayar saman sampai 28 Februari 2011 je.  Kiranya masuk 1 Mac, sesiapa yang belum jelaskan saman tu akan di'blacklist'kan tapi semalam berita kata kabinet bersetuju melanjutkan tempoh pembayaran saman kepada 10 hari lagi.  So, last day bayar 10 Mac 2011.  Ada pro dan kontra bab ni.

Yang pro atau yang baiknya untuk orang yang belum bayar, boleh la pergi bayar saman dalam tempoh 10 hari ni kan.  Yang kontra atau yang buruknya pulak, kesian kat orang yang berusaha cari duit semata-mata nak bayar saman sampai sanggup pinjam-meminjam, belanja bulanan family disekat dan macam-macam lagilah.  Hanya semata-mata nak bayar saman sebelum tempoh wajib bayar habis.  Alih-alih, dilanjutkan pulak..hrmm....

Alang-alang dah dilanjutkan tempoh ni, kat sini aku nak bagi info sikit cara-cara nak check saman korang:

1. SMS
    Taip:  POLIS<jarak>SAMAN<jarak>NO.K/P
    Hantar ke 32728

2. MyEG

Sepanjang observation aku lah kan, Malaysian ni memang terkenal dengan 'last minute'nya.  Bagi tempoh macam mana pun tetap pilih hari terakhir, minit terakhir dan saat-saat terakhir untuk pergi bayar saman tu.  Kalau pergi survey balai polis dan pejabat pos dalam minggu memang ternyata tak ramai yang bayar saman tapi kalau pergi survey 9 dan 10 Mac, kompom penuh punya dengan pesalah-pesalah trafik ni.

Bagi aku, kerajaan sepatutnya tegas dalam hal-hal penguatkuasaan ni supaya rakyat akan lebih terdidik.  Bukannya manjakan rakyat sampai sentiasa je nak lanjutkan tempoh untuk perkara-perkara macam ni.  Inilah antara punca-punca rakyat tak hormat sistem penguatkuasaan dalam negara kita.

Sebelum tempoh perlanjutan ni diumumkan pun, memang ramai yang dah jangka perkara ini akan berlaku termasuk abah aku.  Aku suruh dia pergi bayar saman, abah kata,"Eleh, takpe, tak payah bayar dulu, lepas ni kompom dilanjutkan lagi tarikh bayar.  Lepas tu ada diskaun lagi".  Salah siapa kalau dah rakyat jangka macam ni??


P/s: Jangan sentap ye.  Entri ni cuma pendapat aku je semata-mata.  Semua orang ada pendapat sendiri kan.
Post a Comment