Column

Thursday, March 31, 2011

Botak Yang Berjaya!!

Awal-awal tahun 2011, aku dah inform kat adik aku pasal reward exam.  Aku dah bagitau kalau dia dapat fullmark dalam exam for all papers dan dapat nombor 1 dalam kelas, aku akan bagi hadiah.  Biasalah bebudak ni bukan macam aku dulu-dulu.  Sebut je sekolah melonjak-lonjak nak pergi.  Tapi budak sekarang ni sebut je kena pergi sekolah, muka dah mencuka semacam.  Kalau sebut cuti sekolah baru la rupa macam kera dapat bunga.  Tapi adik aku yang sorang ni ada ikut jejak kaklong dia rasanya sebab dia sangat suka pergi sekolah.  Pagi pun senang je nak kejut untuk pergi sekolah.
Bila offer reward macam tu semangat dia nak pergi sekolah lagi berkobar-kobar.  Last week, si adik dengan muka tersengih-sengih bagi exam paper kat aku.  Suruh tengok markah la tu.  Aku tak confident pun dia boleh dapat 100% untuk semua paper.  Sekali, ha, amik ko!!  Aku yang terkejut macam nampak hantu.  Semua 100%!!!!! 
Disebabkan aku dah janji nak bagi reward, aku bawa la adik pergi Karnival Harian Metro.  Kan diorang ada buat poco-poco besar-besaran kat Dataran Merdeka.  Kebetulan pulak aku free time tu.  Bukan main suka lagi dia.  Yelah dapat hadiah berjalan-jalan mengikut kehendak dia kan, sape yang tak suka kan.  Aku sibuk berpoco-poco, dia pulak sibuk mengutip belon dari gerai ke gerai.  Penyudahnya balik, penuh belon dalam kereta.
Sempat lagi adik amik picca kaklong dia...

Aku tanya nak ke mana lagi lepas tu.  Dia minta aku bawa dia pergi KLCC.  Nasib baik kat KLCC ada Petrosains, terus je gerak pergi sana.  Adik aku ni 1st time masuk Petrosains.  Tengok dia happy giler + excited.  Aku pun teruja sama.  Seronok tengok dia happy macam tu.  Memang dia memanfaatkan sepenuhnya masa kat Petrosains tu.  Semua dia nak cuba.  Tak sia-sia beli tiket tu.  Hehehe... Hampir 3 ½ jam kitorang kat dalam tu. 
skali watermark tertinggal huruf 'm' daaa...

Aku ingat dah keluar tu dia nak balik terus sebab dah lama berjalan dari pagi sampai ke petang.  Rupa-rupanya dia nak berjalan lagi.  Aku bawa dia ke Taman Tasik Titiwangsa pulak.  Lepas dah puas berjalan, aku ajak dia balik.  Mula-mula tak nak balik, tapi lepas aku pujuk-pujuk, baru dia nak.  Tu pun siap ada syarat lagi.  Nak tau apa syaratnya??  Kenalah tunggu entry yang seterusnya..
Post a Comment