Column

Thursday, March 31, 2011

Rombongan Cek Joyah ke RTM


Tak pasal je aku kena pergi rancangan Dialog LIVE kat TV1, RTM. Ni semua arahan mengejut. Bukannya jadi panel atau tetamu pun. Penonton je tapi tetap glamor ko. Walaupun program tu jam 10.00 malam. Dah la naik coaster. Bukan roller coaster tau. Apa kejadahnya naik roller coaster kat Angkasapuri?? Korang ingat ni kat Genting ke? LOL… Sampai kat pos Guard depan Angkasapuri tu, kitorang semua kena turun dan menapakkan diri sampai ke Wisma TV. Nasib baik aku batalkan niat nak pakai heel. Kalau idak, hrmmm, kematu la kaki nak mendaki bukit tu.

Memang havoc betul geng yang pergi ni. Maklumlah Geng Cek Joyah...(Harap maklum tak ada sesape dalam grup ni bernama Joyah ye...Rekaan semata-mata) Dari dalam coaster lagi bisingnya sampai ke balik. Dah la kitorang sampai awal. 8.15malam. Awal tak kalau programnya hanya pada 10.00 malam tapi kul 8 lebih dah sampai? Giler awal dowh… Pekerja cemerlang memang macam ni. Ikut arahan bos. Bos suruh datang awal, kitorang pun datang awal. Kitorang la barisan pertama yang sampai kat lokasi. (sekali angkat bakul sendiri daaa).


Team yang havoc gitu!!

Nak tunggu siaran kan lambat lagi, jadinya, kitorang ber’camwhore’ la dulu. Tak sudahnya dengan photoshoot sendirian berhad menggunakan kamera henpon aku yang tak berapa nak android ni kan.. Kat memana pun jadi. Tengah syok-syok bergambo, pegawai RTM ajak makan dulu sebelum rancangan on air.

Inilah makanan yang disediakan. Kemain pedas lagi ko. Aku yang suka makan pedas pun tak boleh tahan sampai penyudahnya tak boleh habis. Pelik gak la kan, aku makan tak habis?? Itulah kenyataannya.


Memang sedap gilerrr sampai boleh keluar asap ikut telinga, mata, mulut segala....

Korang tau tak ada perkara yang agak funny bagi aku time makan ni. Nak tau apa dia? Ha, baca terus entri ni ye.


Korang nampak tak makanan ni? Korang agak ini apa?

Soalan hanya untuk orang-orang yang tak join program ni sahaja ye. Yang join sila jawab kalau tak paham Bahasa Malaysia. Hehehe....

Jawapannya.....?????bihun goreng Singapore!!!

Korang tau aku ingat tu apa? Aku ingatkan suhun.
Ala yang orang Jawa selalu masak campur kacang panjang dengan tempe goreng tu. Diorang panggil sayur goreng. Bantai semua yang dok semeja dengan aku gelak bila aku cakap yang aku ingat benda tu suhun. Terserlah kejakunan aku time tu. Tambah pulak tersalah menilai antara limpa dan hati. Buek malu orang kampung yo... Aku ingat yang aku amik sekeping tu limpa, rupanya hati. Nasiblah dalam team tu ada seorang chef. Pandai nilai. Dialah yang bagitau kat aku. Ha, agak-agak kalau korang, malu macam aku tak? Ke korang memang tak tau malu?? LOL...

Nak tau kisah dalam studio secara LIVE?  Kena la baca entry coming soon...



Pesanan Shilazizi:  Nak reveal jawapan, korang highlight kat sebelah word Jawapannya....???? Pandai tak?? Tak pandai, ni aku nak ajo korang.  Korang bawa tetikus korang kat sebelah word 'Jawapannya....????', pastu korang klik & drag cursor tu.  Nanti dapatlah jawapannya...hehehe....  Dapat ke idak??
Post a Comment