Column

Wednesday, March 2, 2011

Mesra Pelanggan, Cepat & Jimat!!

Apa tu? Ha, korang mesti tertanya-tanya pasal apa aku letak tajuk sebegitu rupa kan...Ceritanya macam ni. Korang tak payah nak tiru ayat dalam cerita Kak Limah tu..cer citer...cer citer... Ni aku nak cerita pun...hehehe...

Isnin lepas kan 28 Februari, last day untuk bayar cukai taksiran.  Aku ni biasalah kan habit buat kerja last minute.  Aku minta pelepasan kat bos nak keluar ofis awal.

Aku pergi Pejabat Tanah Hulu Langat (PTHL) kat Bangi untuk tukar alamat surat-menyurat dan bayar cukai tanah.  Dah la time drive tu aku mengantuk.  Biasalah kan, drive time tengah hari kan.  Sampai aku tersalah simpang.  Terlajak sampai ke UKM nun.  Kenalah buat u-turn balik.  Staf PTHL ni memang sangat mesra.  Dengan mesranya, kerja pun cepat, masa pun jimat.  Tak sampai 5 minit pun aku tunggu, semua kerja aku settle.  Boleh bagi 5 bintang la sebab diorang dah meningkatkan taraf perkhidmatan agensi kerajaan ke satu tahap yang lebih tinggi.

Kendian, pergi bayar cukai taksiran kat Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).  Dah alang-alang kan, aku terus tukar nama pemilik rumah sekali kat situ. 

Aku memang pujilah orang-orang MPKJ ni sebab diorang sangat mesra pelanggan.  Dah la ada kaunter khas untuk OKU dan warga emas.  Ada pulak lagi kaunter untuk ibu mengandung.  Untung sungguh golongan-golongan ni.  Yang penting servis diorang memang sangat cepat. Aku sangat suka!!  Kredit untuk staf MPKJ yang dok kat kaunter dan layan aku tu.  Semua yang aku tak paham, dia bagi tunjuk ajar.  Finally, dia cakap, "Okay cik, dah settle".  Terkejut aku.  Ha, dah siap?  Tak sampai 5 minit pun aku rasa.  Cepatnya.  Dia senyum je. Hehe...  Cuma satu je complaint aku, parking lot untuk pelanggan MPKJ tak mencukupi.  Keseluruhannya, aku berpuas hati dengan servis MPKJ.  Tahniah!!

Lastly, aku nak bagitau yang aku pergi PTHL dan MPKJ tu naik Perodua Viva 1.0 saaaangattt jimat minyak.  Bayangkanlah aku cuma isi 10hinggit je pagi tu, pergi kerja kat Sg. Besi, terus gerak ke Bangi.  Lepas tu aku ke Kajang.  Finally, balik rumah kat Hulu Langat.  Esoknya pergi kerja lagi.  Minyak still cukup lagi.  Sangat jimatkan.  Terima kasih Perodua sebab dah menambah nilai pada RM saya..Ka-ching!!!

Sekarang korang dah paham kan kenapa tajuk entri ni sebegitu rupa?? So??  Moral of the stories, korang janganlah lagi nak kata agensi kerajaan ni buat kerja lembs. 2 agensi ni dah buktikan tuduhan korang tu salah!!!




No comments: