Column

Friday, March 18, 2011

Entri Lepas Geram: Budak Kurang Ajo!!!

Tadi time balik function kat KL, aku nak singgah Cheras jap.  Aku memang biasa masuk kawasan perumahan je kompom slowkan speed kereta.  Sampai je kat 1 kawasan perumahan kat BTR, tetiba ada budak melintas depan kereta aku.  Sikit pun tak toleh kanan kiri.  Awal-awal aku dah brek sebab dah nampak budak tu dengan 3 orang lagi kawan dia gayanya macam nak lintas jalan.  Tapi yang kengkawan dia tu boleh lak berhenti tepi jalan tengok dulu kanan kiri.  Yang dia menonong je jalan.  Pe lagi, aku terus terlanggar dia even dah brek mengejut pun.  Penyudahnya bukan budak tu dapat sakit, dapat la kot sikit kat tangan dia sebab terhentak kat kereta aku tapi yang lebihnya aku yang dapat sakit.  Mana taknya, nak elak dari langgar dia, aku yang tersembam kat stereng.  Sakit giler dada aku. 

Aku dah la trauma bab-bab eksiden ni...Lepas terlanggar terus lembik 1 badan.  Apa pun tak boleh buat.  Nak tekan pedal minyak tak boleh, nak tukar gear pun tak boleh, nak bercakap pun tak boleh.. Dah la dok tengah jalan. 

Korang tau apa yang dia buat kat aku lepas aku langgar dia?  Dia angkat tangan je pastu lari mencecet.  Tak sempat aku nak buka tingkap panggil dia, dia dah hilang.  Sangat kurang ajo kan!!

Lepas tu ada budak datang kat aku tanya aku ok ke tak tapi aku tak boleh nak kata apa sebab 1 badan aku lemah dengan mulut sekali.  Mesti budak tu ingat aku sombong kan.  Ye lah dia dah datang nak offer bantuan kat aku tapi aku buat nyombong je dengan dia kan..tak pelah. Bukan aku sengaja pun, dah seluruh body lemah.  Takleh nak kata apa la.

Post a Comment