Column

Monday, March 7, 2011

Jumpa Dak Mok Jr!!

Sabtu lepas, ngam-ngam je aku sampai rumah malam tu, mak aku ajak aku pergi jenguk adik aku si Kakchik kat Sabak Bernam keesokan paginya.  Dak Mok Jr. aku tu.  Aku ok je.  Siap suruh ajak assistant lagi.  Siapa lagi kan, si Gendut la.  Pakcik sorang tu memang pantang diajak, laju je dia.  Lagi-lagi mak aku yang offer dia, lagi la.  Walaupun kitorang tadi baru je bertekak kan.  Biasalah memasing tak nak mengalah kan.  Dua-dua nak menang. LOL..

Dah mak aku suruh ajak, aku call la dia tanya nak ikut ke tak.  Sebenarnya mak aku suruh dia ikut supaya aku ada kawan untuk drive kereta.  Ada la co-pilot.  Boleh la tukar-tukar drive kan.  Dengan pantasnya dia kata ok.  Siap minta maaf pulak pasal bergaduh tadi.  Tu yang buat aku sayang kat dia lagi tuh. Eeiii nyampah mak!! Memang perangai dia macam tu dengan aku.  Kejap je gaduhnya, pastu elok la balik.

Pepagi Ahad kitorang gerak.  Biasalah aku kan lembs sikit bab bersiap ni. Nak mekap la, nak buat itu la inilah.  Mak aku dah membebel dah.  Katanya takut nanti Mr. Gendut tu marah sebab kitorang lambat.  Kesian kat dia tunggu kat rumah lelama.  Amboi, mak.  Over caring nampak!! Ceiii tetiba aku pulak nak jeles kan.  Mau tak jeles?? Mana tau kan betul dia jodoh aku, jadi menantu kesayangan mak mentua la pleks kan...huh...

Memula lepas pickup Mr. Gendut kat rumah dia, kitorang singgah breakfast dulu kat Kg. Baru.  Tempat ni biasa aku lepak dengan family untuk breakfast on weekend.  Semua makan nasi lemak siap dengan lauk lak tu.  Memang kenyang la kan.  Lepas tu terus gerak pergi Sabak Bernam.  Since dah ada Mr. Gendut gue, bagilah dia drive.  Aku boleh la megholoh. Bak kata orang Perak kan. Perut dah kenyang kan. Hehe... Dalam tengah hari sampai kat Sabak, amik Dak Mok bawa pergi beli segala jenis barang dia kat pekan.  Terus pergi lunch.  Memang terbaik ar makanan kat restoran tu.  Semua sedap.  Marvellous!!!  Lepas hantar dia balik ke hostel, kitorang gerak balik KL ler.  Takkan nak tido sana pulak. 

On the way balik, teringin nak singgah tengok monyet kat Bukit Melawati.  Stop la sekejap.  Memang best tengok gelagat monyet-monyet tu termasuk jugak pengunjung dan penjual makanan untuk monyet tu. LOL...

Sampai KL semula lebih kurang 7.50 malam. Apa yang penting??  Bukan setakat kerjasama je tau, yang penting happy!! Muahahahaha....

Post a Comment