Column

Tuesday, March 15, 2011

Muka BerasaP!!!

Mati hidup semula

Hurm, menakutkan je gambo ni.  Inilah akibat kena perasap dengan sorang mamat ni....Jeng...Jeng...Jeng...


Kisahnya macam ni,  aku temankan mak aku pergi urut kat Downtown Cheras sebab katanya kaki dah sakit sangat sampai dah tak larat nak pijak.  Almaklumlah, mak aku ni memang sihat orangnya.  Bukan kutuk mak sendiri tau, ni kenyataan.  Mak aku ni boleh tahan sporting jugak la.  Mana taknya, kitorang gerak pergi DC jam 11malam.  Aku memang biasa berjalan dengan mak lewat-lewat malam ni. Ha, sebelum korang nak ngata-ngata aku, meh aku habaq dulu, mak aku pun baca tau blog aku ni.  So, tak timbul isu kutuk-mengutuk ni.  Aku dengan parents aku macam kawan-kawan tau. Tak ada nak sorok-sorok bagai.

Sambung cerita.....

Sementara tunggu turn, mak aku menyembang dengan abang tukang rawat resdung tu.  Dia ajak kitorang buat tapi kitorang kata nanti dulu.  Hey, tujuan datang nak urut kaki mak je kan.  Sembang punya sembang, time mak aku pun sampai.  Mak aku nak berurut sejam.  Baru puas katanya.  Hrmm, tunggu turn je dah dekat setengah jam.  Kaki aku dah mula lenguh ni.  Tu baru tunggu turn je.  Belum lagi time dia berurut.  60 minit pulak lagi. (Padahal boleh je sebut sejam kan tapi tak dramatik la pulak, sebut 60 nampak lagi lama kan...LOL)  Apalagi, aku ambil kesempatan buat rawatan resdung kat abang tu.


Yang bestnya abang ni dia sikit pun tak paksa buka tudung untuk buat rawatan.  Dulu, aku dengar ada yang kata kena buka tudung sebab dia nak asapkan dalam telinga.  Karut je semua tu.  Kalau memang free hair atau lelaki memang dia asap sekali dalam telinga tapi kalau yang pakai tudung tak payah katanya.  Hormat kaum wanita.  Sangat bestlah part ni kan.

Yang tak bestnya time tengah diasapkan.  Abang ni guna bee wax.  Orang pekan kata 'lilin lebah'.  Kiranya kertas yang dia bakar sebelah atas akan mencairkan madu lebah pada kertas yang terbakar.  Asap madu tu la yang diperasap kat muka kita time rawatan.  Sekali lilin lebah tu mencair dan jatuh atas muka.  Memang panas tapi tahan je.  Tu yang ada tompok-tompok kuning.  Itu bukan hama resdung tau.

Ha, lagi satu fakta, resdung terjadi akibat hama bukan ulat ye kawan-kawan!! Sambung balik.  Abang tu suruh aku bernafas ikut mulut supaya aku tak tersedut asap ikut hidung.   Rasa nak tersedak ada, nak terbatuk ada, nak hembus kuat-kuat pun ada.  Tahan je.  Memang parak ar. Tapi ai ok je.  Control beb..control...hehe...

Abang tu kata lagi, kat area bulu roma kita menegak tu la yang hama resdung tu banyak.  Based on gambar kat atas sekali tu, aku ni tahap resdung kronik jugaklah.  Maklumlah, bab makanan jarang ada yang aku tolak.  Semua aku bedal.  Aku kena buat selalu supaya boleh cepat sembuh.

Rawatan terakhir, lepas dia bersihkan muka kita yang putih macam tepung gomak tu, dia sapukan toner lebah untuk kelembapan kulit dan elak naik jerawat.

Hasil yang aku dapat selepas rawatan, aku kurang bersin dan tak ada sangat gatal-gatal hidung.  Alhamdulillah.  Rawatan tak lama pun, dalam 10 minit je.  Aku dah habis berubat, mak aku tak siap lagi berurut.  Yelah, 1 jam kan.  Lepas habis urut kaki, mak aku pulak rawat resdung.  Tapi muka mak aku tak banyak sangat berbanding dengan aku.

So, kepada kengkawan yang rasa ada simptom-simptom kat bawah ni, boleh la cuba rawatan tradisional untuk resdung ni.  InsyaAllah sangat berbaloi untuk duit dan kesihatan kita semua.

Korang ada tanda-tanda ni tak?
Post a Comment