Column

Thursday, December 15, 2011

Potong Habis??? Menggigil!!

 
Jangan kata korang, aku sendiri pun ngeri tengok gambo kat atas nun. Ada ke orang nak potong jari sendiri macam cincang cili je.eyarrkkk!!
Eh, itu bukan cerita sebenar.  Ni baru cerita sebenar, semalam 14.12.2011, dua orang hero aku (bukan anak aku tau, belum kahwin lagi la..tapi adik2 kesayangan aku) si abang & si adik dah selamat disunatkan.  Dah besar kan..hehe..Alkesahnya, ni apa yang abah cerita kat aku ler dengan 2 hero tu.
 
 
Abah bawa diorang bersunat kat klinik dekat dengan rumah aku.  Ada la dalam 20 orang jugak yang sesame tunggu turn.  Abah bagi kat diorang sorang sebiji limau.  Abah suruh diorang pegang dan cium bau.  Sambil-sambil tu zikir la sebut nama Allah.  Tujuannya supaya diorang ni takde la fikir pasal sakit tu sangat kan. 
 
Yang abangnya elok je pegang, walaupun muka dah pucat.  Tapi tang adik, ni yang aku tak boleh blah dengar abah cerita. Dia pegang limau tu sambil menggigil satu badan ko! Sambil cium limau sambil sebut Allah...Allah..pastu baca bismillah tak berhenti.non stop!! Punyalah takut.  Abah cakap muka doktor tu serius je.  Sikit pun tak gelak. Pastu doktor tu cakap kat abah, "Dah kerja saya encik. Dah biasapun tengok peel anak-anak ni..." Giler slamber dowh doktor tu.  Kalau aku mesti cuak sikit (sikit je ok, xde la banyak mana pun) tengok doktor nak sunatkan adik aku tu.  Nasib aku tak pergi sama. hehehe...
Post a Comment