Column

Monday, December 19, 2011

Hotel Blackout??

Aku dah ber'cuti' dari update blog selama lebih kurang 3,4 hari kot kan..sebabnya aku pergi Team Building ofis aku kat Felda Residence Trolak,Sungkai,Perak. Aku nak citer ni, awal pagi kul 7.30 aku dah sampai ofis. Ingat nak buat kerja sikit,sekali elektrik out plak. Hmm,cancel lah buat kerja. Dah elektrik tak ada kan,nak buat kerja camne kan... Aku pergi kafe, ingatkan nak breakfast dulu sebelum gerak, sekali tengok jam, dah lambat. Haruslah tapau pastu makan dalam bas je. Maggi sup je pun.
 
Breakfast makan maggi je tapi giler punya sedapppp!!
 
On the way ke Trolak lepas abis makan Maggi, aku tido je. Sampai kat Trolak, terus mula dengan aktiviti pertama. Tak lain, tak bukan...ice breaking ler... Dalam ice breaking, trainer tu ada suruh kitorang genggam tangan memasing. Tangan kanan genggam tangan kiri. Katanya kalau ibu jari kanan kat atas,orang tu penyelesai masalah tapi kalau ibu jari kiri kat atas, orang tu disenangi ramai dan 'cute'. Ha,aku kelompok kedua tu. Cute tak aku? Hehehe... Lagi satu group dua2 ibu jari berjiran. Tu maknanya orang tu syok sendiri. Oops, nasib baik takde orang macam tu dalam ramai-ramai tu. Lepas tu bahagikan kumpulan.
 

Bang bang Boom!!
 
Lunch hour check in bilik sebab all the guys kena solat Jumaat. Bilik memang best la. Besar!  Sebilik berdua,twin sharing. Sempat la nak rehatkan badan walaupun kejap je.  Petang buat aktiviti paip roller coaster pulak. Memang enjoy. Gelak je.
 
 
Habis aktiviti kul 6.30 petang tadi, aku dengan memember pergi pekena laksa dengan mee rebus kat Warung Roti Terbang. Memang syok! Nanti aku citer dalam entri yang lain bab makan-makan ni ye. O:-) angel
 
Ni kesah yang paling melekat dalam sejarah kot... Kitorang balik dari makan-makan tu, tengok semua blok gelap je.  On the way naik ke bilik, ada member bagitau blok blackout. Aku masuk bilik, tekan suis lampu..ha..alhamdulillah masih ada.  Tengah bincang-bincang dengan roomate siapa nak take turn mandi, tetiba terpadam semua.  Hah, nasib baik memasing tak masuk bilik ayo. Kalau idak, memang haru dibuatnya.  Dah la segelap-gelap alam.  Lepas tu kitorang gagahkan jugak masuk bilik air by turn, mandi.  Sudah tu, terus tidur..Sedap wei tidur lepas badan penat, mandi pulak. Tilam best pulak. Nyenyak sampai pagi.
 
 
 
 
 
Post a Comment