Column

Thursday, November 19, 2015

Lutut Gigil Di Sky Tower

Adoi korang....sesape yang check update kat instagram /fb SA, taulah betapa gayatnya SA bila naik Sky Tower ni.. Memula tu macam yakin je...sekali dah naik...hamek kau!  Lembik lutut den ni ha!  Walau apa pun jadi tetap gagahkan diri jua sebab inilah sebab utama SA ke Melaka...hehe...




Gigih bergambar di jambatan aras 41 menuju ke aras tertinggi, aras 42.  Tengoklah gambar tu, SA hanya mampu membengkokkan lutut sebab kaki dah lembik.  Macam tak ada kaki gayanya.  



Ni pandangan di atas jambatan tadi tu...boleh pulak Gendut bawa Aisyah jalan lelaju. Tinggalkan daku keseorangan di belakang...haruslah kujeritkan suruh dia slowkan langkah. Gendut gelak-gelak je tengok.  


Sampai  jugak ke tempat yang dituju.  Alhamdulillah.  Usaha tangga kejayaan.  Walaupun panas terik, peluh banjir, SA gagahkan jugak bergambar kat atas ni.  Lantai kaca ni hanya dibenarkan bergambar guna kamera khas pihak Sky Tower je.  Tak boleh guna kamera sendiri.  So, SA amik gambar lantai je la untuk korang tengok bukti SA dah sampai atas ni. Hahaha...  Gambarnya diorang jual mahal, RM45 sekeping.  Huhuh!  Memang tak la SA nak beli.  Baik pergi makan-makan lagi baik kot duit tu.




Aisyah pun bukan main lagi.  Dalam panas-panas tu, boleh lagi ke hulu ke hilir.  Suka dia dapat lepas bebas.  Puting tetap kawan sejati.  Haha...



Tapi bila kena pancaran matahari tu, terkedip jugak matanya, siap cari mak babah lagi.  Nak peluk kaki sembunyi muka.  



Seronok wooo dapat tengok pemandangan seluruh Melaka.  Dah macam pijak atas peta pulak.  Tak terjangkau akalku. 


We are here!!!

Aisyah marah maknya overshadow dia...hadoi la anak.  Mak nyelit sikit pun nak marah.



Nak citer kat korang kalau ada berhajat nak naik ke sini, tiket untuk dewasa, RM18 dan tiket untuk kanak-kanak, RM12 seorang.  Nak bergambar boleh sekeliling atas tu tapi kat lantai kaca NOT ALLOW!



Ni la yang SA cakap tadi tu, panas berdahang kena matahari, sembunyi muka.  Siap merengek. Nasib ko la nak, dapat mak kaki bergambar tak kira tempat ni...hehe...



Korang boleh guna teropong yang ada tu untuk tengok gambaran jelas sesuatu tempat.  SA guna untuk cari kedudukan Menara Taming Sari dan A Famosa.   Yes! SA jumpa...





Bila tengok arca ni, SA teringat cerita Laksamana Do Re Mi...macam singgahsana Puteri Buluh Betung pulak...hehe...


Dalam lif pun jadi bergambar untuk kenang-kenangan....Walaupun lifnya hanya setingkat.  Dari tingkat 41 ke tingkat 42.  Kalau dari Ground Floor, korang naik lif terus ke tingkat 41 tau.  Lif laju ya amat.


Notakaki Shilazizi: Sesiapa yang ada masalah gayat macam SA, sangat digalakkan naik ke sini untuk mencabar diri sendiri atau pun mengatasi masalah tu.
Post a Comment