Column

Wednesday, November 25, 2015

Beca Tak Muat!!

Cerita short vacay in Malacca tak habis lagi.  Jangan jemu baca ek...hehe...nanti Aisyah dah besar, Aisyah boleh baca catatan maknya kat sini. :)

Balik dari makan seafood kat muara tu, Gendut bawa kitorang tengok geng-geng beca kat Dataran Pahlawan.  Cantik!  Memacam gaya ada.  Tapi semua warna PINK! Siap ada bulu-bulu lagi...



Aisyah merenung patung Kitty yang ada kat depan beca tu.  First time naik beca.  Sukanya dia.  Sengih je. Puting takmo tinggal. Memula amik gambo je atas beca, lepas tu, Gendut ajak naik pulak.



Naik beca, caj RM25, 1 round, 1 beca.  Kami naik 2 beca sebab.....TAK MUAT naik 1 beca. Gendut dok sorang je penuh terus! Mana SA nak duduk? Aisyah takpe la Babah dia boleh riba. 



SA naik beca Frozen.  Olaf dok depan. Hehe...Naik sorang je sebab yang dua lagi naik beca lain.  Adik yang kayuh beca SA ni umur baru 16 tahun.  Dia masih sekolah tau.  Cuma bawa beca time cuti sekolah dan weekend je.  Cari duit lebih katanya.  Adik ni pengayuh beca termuda kat Melaka, kawan-kawan dia cerita.



Tengoklah sendiri.  Penuhkan seat tu?  So, bajet untuk beca je burst RM50.  Takpelah kan...bukannya selalu pun.  Sambil-sambil dorang kayuh tu, dorang citer la serba sikit pasal Melaka dan tempat yang kitorang lalu.  Contohnya macam bangunan merah, Kota A'Famosa dan muzium yang ada sekeliling tu.




Aisyah takmo dok diam pasainya dia nak menari.  Kan beca ni pasang memacam lagu....tu yang dia bantai menari bila turun.. Habis semua tengok free show dia.  Hai la adik.  Yang SA pakai sweater ni, pasalnya sebelum tu hujan renyai.  Tapi bila beca dah gerak, hujan pun dah berhenti tapi SA malas tanggal sweater tu.  Kira okay je sebab angin sepoi-sepoi bahasa. Sejukkkkk lepas hujan.


Notakaki Shilazizi: Cuti bajet ke Melaka kali ni memang best.  Semuanya in budget!
Post a Comment