Column

Friday, November 13, 2015

Blouse Muslimah Yang Selesa dari MyBlousesShop

SA ni memang kurang koleksi blouse.  Selalunya berjalan memana pun pakai t-shirt je.  Sangat malas kan..hehe...  Dedulu zaman anak dara, ada jugaklah koleksi baju jalan,  even bukan blouse.  Tapi bila tengok blouse dari My Blouses Shop ni, terus terjatuh cinta pandang pertama.


Blouse dari My Blouses Shop ni sangat selesa dipakai sebab materialnya adalah como crepe.  Kain jenis ni senang nak dibasuh dan senang untuk digosok. Kiranya tak banyak songeh la. Tak payah fikir luntur ke apa sebab warnanya memang takkan luntur dan baju ni cepat kering bila kena air. Kalau gosok pulak, guna je seterika biasa. Tak perlu stim pun baju dah licin. Senang kan? 

Baju yang SA gayakan ni dari koleksi SURI.  Ada 4 warna dalam koleksi ni.  Dusty purple, mint, pink dan turqoise. Yang lagi best tu, baju ni wudhuk friendly dan breastfeed friendly.  Sesuai sangat untuk semua golongan sebab SURI ni ada saiz dari S hingga XL.  Anak dara ke mak dara ke semua pun boleh melaram dengan koleksi ni.  

  


Labuh blouse pun sangat menepati syariah sebagai seorang muslimah.  Selain pakai dengan seluar slack, blouse ni boleh digayakan dengan jeans juga.  Sangat santaikan. Tengoklah SA bergaya dengan blouse SURI di tengah panas berdenting tapi masih boleh senyum kan.....sebab baju ni serap peluh.  Tak adalah rasa banjir dalam baju. Hahaha...




Tengok! Sambil dukung Aisyah pun maintain je. Sebab baju memang selesa sesangat. Rasa nak beli warna lain pulak. Hehe... Korang!!! Sekarang My Blouses Shop ada buat promosi tau. Harga normal untuk blouse SURI ni RM89 tapi dengan harga promosi sekarang, korang boleh dapatkan dengan harga hanya RM79 je.

Memang koleksi di My Blouses Shop semua menepati syariah dan sangat sesuai untuk muslimah yang bertudung.  Yang free hair pun boleh pakai jugak. Baju diorang semua stylo and trendy.

Korang singgah kat website diorang...ada banyak koleksi cecantik dan anggun menawan...

Instagram: My Blouse Shop
Post a Comment