Agenda hari ini adalah sesuatu yang unplanning <== ada ke ayat ni dalam bahasa omputeh? Main belasah je aku ni. Asalnya nak lunch kat kafe, then mengoloh je. Sekali.....ter'keluar' dari ofis la pulak dengan Achik. Pergi borong kasut. Hahaha...Almaklumlah dah 2 minggu peristiwa banjir berakhir, habis semua kasut-kasut di rak. Kenalah beli kasut yang baru. Nak beli memahal belum mampu lagi sekarang ni. Penyudahnya kitorang pergi kat warehouse BUM sebelah ofis Angah.
Sampai je, tengok-tengok kasut, semua cecantik. Gaya sporty memang favorite kitorang pun. Haruslah macam nak juling biji mata memilih yang berkenan. Aku tanya kat apek yang jaga tu harganya. Sekali lagi terbeliak biji mata. RM10!! Kat kedai pun harga RM30-50 juga sepasang. Ni dah sangat jimat. Bak kata Achik, macam beli kasut lambak kat pasar malam je Long.. Hahaha...Memang terbaek!!
Aku tak dapat beli banyak sebab kaki saiz giant wei...Saiz 41. Ada 1 je yang aku berkenan. Rembat je la. Kasutnya pun cantik je. Material: jeans. Achik beli 2 pasang. Kaki kecik kan senang la cari saiz (Ada unsur dengki disitu..hahaha...)
Semua sekali baru RM30 berbanding harga asal yang mencecah RM100++...dah jimat.
2 comments:
bes tuu..
sy ske bkak blog nih sebab background musicnye..lagu pe yee??hee
shuraiya: terima kasih sbb berkunjung ke sini. mmg best bila dpt beli brg murah tapi berkualiti kan.. =)
lagu background ni tajuknya 'Pintu Taubat by Zivilia'
Post a Comment