Column

Wednesday, November 30, 2011

Meng'GUA'....Apa tu??

Meh kita sambung, meh! Korang dah baca entri http://shilazizi.blogspot.com/2011/11/perang-nyamuk.html  ni tak?  Kalo belum, pergi baca dulu. Baru thrill baca entri yang ni.. Sebelum tu, aku nak bagitau gak kat korang, kan dalam entri tu aku kata aku penat sangat kan..korang tau apa jadi on the 2nd day?  Aku terbabas time tido! Sekali dengan roomate aku si Yati.  Almaklumlah kan aku baru je balik dari JJFR terus pergi Team Building ni plak kan, haruslah aku kepenatan sampaikan tak pergi senaman pagi jam 7 pagi.  Aku sedar je tengok jam dah pukul 7.30 pagi.  Malulah nak pergi tapak senaman tu.  Dok je lah dalam bilik sampai waktu breakfast.  Lepas breakfast je, bersiap untuk caving. 
 
Ini kira macam kesinambungan la kan..hehe...Itu gado dengan nyamuk, yang ni meng'GUA' pulak.  Mesti korang tertanya-tanya kan, pe plak la yang sHiLaziZi merepek ni..ada pulak word mengGUA..hishh... meh, aku terangkan ye.
 
Ni 1st time aku caving tau.  Tau tak, caving tu apa?  Caving tu mengGUA lah!  Shila, please stop repeat & repeat again the same word.  Hokay, I tak repeat dah..maksudnya aktiviti masuk dalam gua la.  Ha, sekarang dah paham??  (semua angguk kepala sambil senyum..)  Bagus...
 
Welcome to Gua Kota Gelanggi
(setia dengan baju JJFR tu..)
 
Ni antara gua yang aku dah jelajah sepanjang xpdc ni ler...Gua Gajah (Memang ada gajang yang sangat gadang kat dinding gua-macam real!), Gua Sanding (memang ada pengantin bersanding dalam tu-batu ler; lelaki berdiri sambil peluk tubuh, perempuan duduk bersimpuh; lagi satu pasangan suami isteri tengah istirehat sambil si isteri melentok mesra di bahu sang suami...perghh...kelas tak ayat aku?), Gua Tongkat dan ada lagi 2 gua, aku tak ingat namanya...almaklumlah time masuk ke gua tak bawa nota untuk tulis..hehe..
 
 
Laluan nak ke gua..
 
Apa yang aku boleh cakap, memang caving ni sangat adventure dan yang penting tersangatlah bestnya!! Wuhuuu...Tang lalu kat lubang angin tu yang paling mencabar.  Korang bayangkanlah lubang yang hanya boleh masuk satu badan sebesar Lisa Surihani tu, kitorang kena lepasi sensorang.  Korang pun boleh agak kalau tengok picca aku, yang badan aku tak seslim Lisa.  Ajaib tak, bila badan beso aku ni pun boleh lepas lubang tu.  Kuasa Yang Maha Esa membantu hamba-hambaNya.  Kat dalam gua tu, pergh..tersangatlah besaunya...Macam-macam bentuk dalam gua tu aku dapat lihat.  Tengkorak, keris, pedang, dinasour, potret Monalisa pun ada! Sejibik dengan potret asal.  Korang tak nampak bolehlah kata ada orang lukis, tapi lokasi potret tu kat siling gua yang tinggi melangit tanpa apa pun dapat capai. Tepi cerun pulak tu.  Haruslah jadi sendiri kan. Mother nature kot..Tak mungkin ada orang lukis.  Subhanallah!! Sangat cantik! Sorry ek sebab takde picca yang aku dapat snap dalam tu sebab dilarang. Huhuhu...Korang bawa kamera canggih mana pun tak guna, sebab dilarang amik gambo dalam tu kecuali sesetengah tempat yang tour guide korang benarkan. Hasilnya??
 
Ni je gambo yang boleh amik...
 
 
Post a Comment