Column

Friday, November 11, 2011

EKSKLUSIF!! Mulut Jahat....

Tengok situasi sekarang ni...especially situasi aku ler kan..bukan keliling aku tau...ni aku sendiri...Teringat aku time dulu-dulu, zaman-zaman aku tak berapa aktif kawan dengan dak-dak pompuan ni.  Aku memang terkenal dengan kekurangan kawan perempuan semenjak dari kecik lagi sampai la aku masuk zaman pekerjaan.  Sampai jenjiran aku pernah tanya kat mak aku.
 
Jiran (J): Kaklong tu tak ada kawan pompuan ke?
Mak (M): Ntah dia. Ada tu ada tapi 1, 2 orang je. Boleh kira dengan jari.
J: Kenapa?
M: Dia kata mulut pompuan jahat.
J: Oo ye ke?
M: Ye la. Katanya asyik nak mengata orang, mengutuk orang sana sini je. Kawan dengan lelaki bukan tak ada citer pasal orang lain tapi jarang. Dia kalau kumpul dengan kengkawan dia, balik-balik citer bab camping. Tak pernah pulak dengar citer pasal orang lain.
 
Ni lah situasinya dulu...tapi sekarang...
 
Semenjak 2menjak terutamanya bila aku dah masuk zaman kerja 6 tahun lepas...aku memang dah terasa sangat-sangat pasal apa yang aku pernah cakap kat mak aku dulu 'mulut pompuan ni jahat'.  Memang betul!!  Awal-awal kerja aku masih tak rapat dengan sesapa & aku sibuk dengan dunia hutan aku je, memang kurang sesangat aktiviti 'buat ketupat' ni.  Aku sendiri tengok orang 'buat ketupat' pun aku meluat. Ye lah perasan bagus kan, ngata orang macam awak tu betul sangat!. Mak aku ngumpat pun aku tegur. Kekadang kitorang tinggalkan je sebab malas layan. Bak kata abah aku ler, kalau orang dah mula mengumpat, tinggalkan je kalau tak boleh nak tegur.
 
Masuk tahun kedua dan seterusnya, semakin banyak saham akhirat yang minus aku dapat akibat terlampau 'prihatin' ni.  Memang payah kan bila dah kawan dengan pompuan ni. Kalau kita tak join diorang bila diorang tengah ada berita-berita hebat, kata kita tak campur orang.  Bila dah bercampur, macam ni la jadinya, susah nak tinggal perbuatan hina ni.  Dah jadi sebati dengan jiwa pulak. 
 
Allah pernah berfirman, 'Sesiapa yang mengumpat itu umpama memakan daging saudaranya sendiri'
 
Ya Allah ampunkan dosa umpatan hambaMu ini, Ya Allah...
 
Aku takut sebenar-benarnya..TAPI >:) devil
 
Kadang-kadang bukan niat kita nak mengumpat, tapi kita cuma nak luahkan ketidakpuasan hati kita je..Tetap jugak mengumpat Shila oooiii!!!! Ingat cakap abah, asalkan dah menyebut nama orang lain ketika kita berborak, itu dah dikira mengumpat.  Confirm!! Hari-hari memang ada...Free je kan orang-orang yang aku sebut-sebut tu dapat pahala.
 
Kredit to Pakcik Google
 
Sempena hari Jumaat yang mulia ini, aku berazam untuk tidak mengumpat lagi.  TAPI boleh ker?? Boleh je aku rasa dengan syarat, aku kena selalu berfikir positif.  THINK POSITIVE! BE POSITIVE!
 
Semoga Allah memberikan petunjuk untuk aku jadi lebih baik...
Post a Comment