Column

Tuesday, November 8, 2011

Raya Korban!! Harus korbankan ego jugak!!

Hari ni dah masuk hari ke-3 umat Islam sambut Hari Raya Haji atau kat Malaysia ni sebut Raya Korban.  Dah namanya pun korban kan, haruslah korbankan ego jugak untuk manusia-manusia yang ber'ego' tinggi.  Bukan yang naik motor Ego tu ye..tu korban nyawa namanya kalau bawa lelaju!! 
 
Cer tengok ni...aktiviti 'pengorbanan'
 
Hari ni jugak ofis aku buat sambutan Hari Raya Korban buat julung kalinya.  Sekali tumbang, 2 ekor terus beb!!  So, pergi kerja hari ni, pakai t-shirt dengan track bottom je la.  Nak buat kerja katanya kan... Sesekali ber'track' macam ni best jugak.
 
Tali kat belakang tu nak tambat siapa pulak ek??
 
Aku dah la lupa bawa pisau, nasib baik ada insan-insan prihatin yang bagi pinjam pisau lepas diorang dah siat-siat kulit lembu tu.  Kerja aku dan geng wanita, pe lagi kan...melapah lembu!! Eh, bukan la..tu kerja laki-laki..melapah daging lembu je untuk masak...Sampai sakit pinggang aku..cramp weih!! duduk lama sangat membongkok time potong daging tu. 
Klik...klik...
 
Selesai kerja, pe lagi, tunggu makanan siap dimasak untuk dimakan la...
 
Taraa!!!
 
 
Post a Comment