Column

Tuesday, November 29, 2011

JUMBO JAMBOREE FELDA RIDE 2011

Sorry ler ye..lambat up story ni sebabnya ada probs untuk upload picca...
 
20.11.2011 - Best je tengok nombor yang datang sekali seumur hidup aku ni.  Tarikh keramat ni..Korang tau kenapa? Sebab....aku join jadi urusetia program Jumbo Jamboree Felda Ride 2011 (JJFR'11).  Program untuk mountain bikers yang tegar.  Memang terbaeklah!  Aku gerak ke Felda Pasoh 1 tu dengan kereta Ferrara abah (Gendut yang panggil kereta abah tu Ferrara..nasib baik tak ferraro rocher..B-) cool Asal ideanya, aku ngajo senamrobik tapi disebabkan hujan yang agak lebat malam sebelum kejadian, padang dah becak.  Terus dibatalkan.  Jadilah aku krew yang tolong buat semua benda.  Dari potong tag lucky draw kat beskal pelumba, tag 1st check point sampailah habis acara, jadi pemerhati..hehe...
 
On your mark...get set...go!!!
 
Korang tau tak apa yang paling best?? (mula dah gatai nak mai ni..>:) devil) Dapat jumpa ramai mamat hensem kat situ.  Yelah participant ada 360 orang tu..Semua golongan ada. Yang tua, yang muda, yang sedang-sedang. Body? Pergh...memang mantap! Basikal semua cecanggih.  Harga ribu-riban. Yang cecah harga sama dengan kancil pun ada.  Padahal beskal je kot.  Tapi memang best ar beskal diorang.
 
Bila diorang dah mula berkayuh, kena redah trek yang agak challenging, aku buatlah kerja-kerja lain. Pasang banner untuk majlis penutup ler, susun hadiah ler, setup meja untuk urusetia letak makanan peserta ler..Aku kan bukan jenis dok diam, kalau boleh semua benda nak buat.  Gila kuasalah katakan. Hehee... Jangan ler kome salah paham.  Bukan gila kuasa betul-betul pun, cuma niat ikhlas untuk membantu.  Ye lah kan, dah terlanjur jadi krew kan, kerja la sama-sama. Bak kata Wonderpet, 'Apa yang penting?' KERJASAMA!!
 
Ramai kan.....
 
Bila sampai je rider di garisan penamat, tugas aku mula lagi untuk bagi tag nombor pemenang.  Aku memang salute kat abang-abang, akak-akak, atok-atok, adik-adik yang berjaya habiskan riding 42km.  Tinggi betul stamina diorang.  Teringat time aku dulu-dulu.  Memang aku kena tingkatkan stamina aku sekarang ni.  Payah? Jangan cakaplah tapi kan nak seribu daya, tak nak dok diam-diam bela perut. Muahaah....:D big grin  Ada gak bikers yang tak abis pusing trek sebab injured.  Aku jugak jadi paramedic.  Nasib ada sesikit ilmu di dada.  Saki baki terlibat dengan PBSM dulu.  Berhasillah jugak.
 
rezeki kakak ni...hebat woo dia cycling...kalah aku!!
 
Lepas dah agih lunch untuk bikers, aku balik homestay untuk solat zohor sebelum nak teruskan dengan majlis penutup.  Time ni la ada peristiwa tak berapa best jadi..Nanti aku citer dalam entri yang lain la kot ek.  Panjang bebeno pulak kang.  Memang simple je majlis penutupnya..  Aku pun tak ingat YB apa ntah nama yang rasmikan penutupan event tu.  Tak penting ar bab tu (aku kata..) Yang penting lucky draw untuk bikers.  Semua pakat tunggu je.  Hadiah boleh tahan la kan.  Banyak pihak yang sponsor.  Hadiah utama 2 buah mountain bike yang bukan calang-calang harganya. Wow!! Yang menang pun cantik je.  Sorang pompuan, sorang lelaki.  Memang cun ah!
 
mmbeekkkkk!!!
 
Time gerak balik, aku kena ikut muntut kambing bebiri.  Bising je mulut diorang.  Sekali aku ajuk cakap kambing tu 'mbeekk'.  Terus semua kambing tu stop, pandang aku.  Gendut cakap,'mesti kambing tu terkejut tengok ada 'kawan' dia naik kereta'.  Hampeh je. Ada ke kata aku ni pun kambing gak.  Tapi memang kelakar la tengok kambing tu tetiba stop pastu memasing tengok aku. ????? Cuak gak..nasib tutup tingkap..pheww..
 
 Macam biasa, on the way balik, aku megholoh je..Gendut yang drive..
 
Post a Comment