Column

Tuesday, December 29, 2015

Slide In The City Putrajaya, Pertama di Malaysia

Lama dah teringin nak main air kat Slide The City ni kalau diorang buat kat Malaysia. Sekali rezeki, dapat jemputan dari Clever Monkey.  Yeay!! Slide The City datang Malaysia! Syukur... Tak sangka sungguh.  Diorang buat kat Lebuh Wadi Ehsan, Putrajaya.  Aku pergi dengan adik aku yang lelaki sebab Gendut takmo join.  Dia nak jaga anak katanya. Alhamdulillah... :) Slot kami hari Ahad, jam 11.00 pagi.



Tiket masuk untuk 3 kali slide (Triple Slide).  Harga sebenar RM100++ untuk 1 tiket.  Mahal woo....aku tak bayo.  So, enjoy the complimentary! Yang ramai pun Chinese je.  Melayu boleh kira dengan jari.




Korang tengoklah betapa jauhnya aku park kereta. Slide The City tu diorang buat sepanjang flyover. 1000 meter hokay!  Sengaja aku pilih slide time kul 11.00 pagi sebab tak nak berjemur tengah terik matahari.  Time tu pun ngam-ngam je 2 jam sampai pukul 1.00 tengah hari untuk 3 kali slide.  Puas hati.  Siap bawa handphone tanpa cover waterproof tau nak record video sliding.  Hahaha...  Demi Gendut sebab Gendut yang beriya nak tengok. 




Inilah buddy aku untuk sehari tu.  Thanks abang teman kaklong.  



Semua tempat pun nak kena beratur tapi management memang cekap, tak ada kes potong 'q'.  Laju je even beratur panjang.  Ni beratur nak amik pelampung.  Pelampung boleh bawa balik terus.  Sukaaaaa!!  Nanti nak mandi laut, tak payah sewa pelampung dah. Guna je yang ada ni. 


Pink colour!



Dah penat main air, co-pilot tidur tak hengat dunia.  Dari Putrajaya ke rumah dia tidur. Punyalah nyenyak. 


Nota sHiLaziZi: Park kereta tengah highway, main air pun atas flyover. Rare giler!
Post a Comment