Column

Tuesday, December 29, 2015

Nur Aisyah Humairah Turn 1!

Pejam celik...pejam celik, 9.12.2015.... dah setahun umur puteri tersayang, 
Nur Aisyah Humairah. 

Sempena ulangtahun pertama Aisyah, atau lebih dikenali sebagai #Cikunit dalam fb/ig aku, Gendut decide bawa Aisyah dan mak Aisyah sekali ke Genting Highlands.  Nak celebrate katanya.  Siap beli kek dulu kat bakeri area rumah.  Hahaha... Excited babahnya.



Kami naik skyway je sebab nak rasa experience naik skyway anak-beranak.  Hehe... Apa yang dapat time naik skyway? 
Mak: gayat, kejap2 tutup mata, kejung satu badan
Anak: Cool je. Mulut melopong tengok pokok-pokok menghijau.  Suka! Sengih dan mulut bising.
Babah: Mengimbau zaman kerja kat sini dedulu...



Banyak sangat port bergambar sempena promotion filem Alvin and the Chipmunks.  Apalagi kan?  Babah memanjang jadi photographer je.  Mengabadikan gambar birthday girl yang happy sesangat tu.  



Shot ni aku rasa paling sweet...orang kesejukan kat atas nun, Aisyah relax je.  Memang budak tak takut sejuk betullah kamu dik ooi...


Wish you a HAPPY BIRTHDAY!!

Tangan memang tak reti diam budak ini.  Kalau tak ada puting, memang ginilah dia, manjang je masukkan tangan ke mulut...



Babah belikan princess hadiah.  2 pasang baju Poney.  Dah la tu dapat special kiss jugak tau. Tengoklah stroller tu, dah budak takmo duduk, beg mak, beg Aisyah yang duduk dalam tu.  Haha... Budak dah dapat kaki kan, memang nak berjalan je kerjanya.



Kasih mak dan babah sampai bila-bila....



Taraaaaa....ni la birthday cake Aisyah yang kami beli dari bawah bawa ke atas.  Dok lepak kat Marrybrown, lepas lunch, sesi cake cutting.  Sepotong cukuplah untuk kami bertiga.  Beli 3 potong sebenarnya.  Balance bagi kat Chinese family kat belakang tu.  


Bersungguh dia nak makan kek suap sendiri.  Siap suap mak dengan babah sekali sampai comot baju. Tak apalah dik, Hari ni kamu princess of the day, so, I will let you do whatever you wanna do.  Mak awal-awal dah bawa bekal baju lebih.  Tau dah perkara gini akan terjadi. :)


 Dah tukar baju!

Macam citer hindustan, ada tukar-tukar baju pulak kan.  




Mulut memang nak mengunyah je macam mak dia.  Anak mak la katakan.  Puas berjalan, kitorang kembali ke tempat asal...hehe...balik rumah ler...



Inilah hadiah yang Aisyah dapat dari babahnya.  Mak bagi hadiah special.  Senyuman yang menawan dan kasih sayang sepanjang zaman. :)
Post a Comment