Column

Saturday, April 2, 2011

Besarnyaaaa!!!!

Last sekali untuk trip reward adik aku, aku bawa pergi Taman Tasik Titiwangsa. Dah lama tak jengah taman tasik ni. Sambil bawa adik aku, sambil kenang memori dulu-dulu. Time tu aku sebaya dengan adik aku,        7 tahun. Memang selalu mak abah bawa datang sini. Ni lah tempat aku main kecik-kecik dulu.
   
Kebetulan ada Karnival Belia Gemilang 1Malaysia. Ada autoshow. Excited seyy adik aku tengok kereta-kereta yang dah diubahsuai tu. Sorry lah ye, takde picca-picca sebab kaki dah penat, mood berfoto-foto bagai pun dah mula hilang...penat giloss...tapi adik kesayangan punya pasal. Belasah je la. Ingatkan lepas tengok autoshow tu, dia nak ajak aku balik. Sekali dia nampak playground daaa...

"Along, jom pegi sana. Nak try main jap je. Free kan? Amer tak nak yang bayar punya".
Terus mati kutu aku kat situ. Susah gak budak terlebih bijak ni.

Mr. Gend aku nak makan aiskrim. Nak beli la yang aiskrim kon tu. Adik aku boleh cakap kekuat pulak depan tauke aiskrim tu.
"Abang, jangan beli aiskrim yang ni. Yang batang tu boleh."
Mr. Gend tanya, "Nape tak boleh beli?"
Adik aku jawab, "Tangan orang tu lepas pegang anu dia lepas kencing tepi jalan, entah-entah tak basuh. Mana ada air nak basuh @#$% kat tepi jalan kan. Lepas tu ada orang nak beli aiskrim, terus pegang calung tu...eeiiyyy, kaklong jangan makan tau!" Wah, ko siap sound hakak ko skali kan.
Terkedu terus Mr. Gend time tu. Orang jual aiskrim tu sengih je. Terus kena cubit dengan aku. Ada ke cakap depan orang tu.

Segala permainan yang ada kat taman tu dia main. Satu pun tak missed! Sangat menggunakan peluang yang ada tau adik aku ni. Sampai berpeluh-peluh. Lencun satu badan.

Dah puas main, dia ajak aku pergi tengok orang main remote control car pulak. Aduihh, dik. Kaki kakakmu ini dah kematu. Tak larat dah nak berjalan. Udah ler jalan jem kemain kat situ. Penat..Penat... Bawakan la jugak. Lepas tu, aku ajak dia balik, dia bagi aku syarat pulak. Aduss...


Sebelum balik

Dia nak roller blade kalau exam ujung tahun ni dia dapat result sama macam sekarang. Nak yang high standard punya pulak tu. Ni gara-gara tengok anak orang putih main kat playground tu la. Ye la dik, nanti kaklong kumpul duit berguni, apa je jenis roller ko nak pun boleh beli....
Sangat demand kan anak-anak sekarang....
Post a Comment