Column

Friday, April 1, 2011

Mana Dinasour, Kaklong?

Sampai kat Petrosains, memacam soalan dia tanya aku. Penat nak melayan. Masuk je kat dark ride. Muka dah gelabah sebab dia takut gelap. Kekeke....Macam kaklongnya jugak. Terus tutup muka sembam kat aku. LOL.... Aku cakap Petrosains bukannya rumah hantu yang sampai nak takut-takut bagai.
Adik aku tanya, "Kaklong, mana dinasour? Tak nampak pun". Excited dia nak tengok dinasour. Ada ke patut, aku baru je nak parking kereta kat carpark KLCC, dia dah tanya pasal dinasour tu. Aku jawab kat dia, "Ada kat dalam la".

Keluar je lif kat concourse level, dia tanya lagi. Aku cakap kat dia "Kejap lagi kita jumpa". Dah sampai kat tengah lobi, dia tanya lagi. Aku ajak dia naik lif bulat yang kat tengah ruang tu. Sementara tunggu lif, dia jengah kat pameran Lancome. Ayat dia, "Kaklong, ni la perempuan kan, sikit-sikit mekap. Selalu je nak cantik. Amer pun nak mekap lah. Cantik ke?" Pastu dia gelak. Hampess jerk...

Lepas tu, boleh pulak dia buat magic show. Kengkonon dia yang buka pintu lif tu dengan kuasa magic dia. Dia berdiri depan lif dengan tangan dah gaya nak kopek buak durian kat pintu lif. Elok je lif tu berdenting, dia pun buat aksi muka macamlah betul dia yang buka pintu lif tu. Semua orang tengok & gelakkan telatah dia. Memang adik aku yang sorang ni tak reti dok diam. Ada je benda yang dia nak buat. Penat aku bagi isyarat suruh dok diam-diam tapi tak menjadi. Diamnya tak sampai sesaat pun. Penyudahnya layankan aje lah.

Aku beli family package, RM 24 (2 adults, 2 kids). Jimat sikit walaupun yang ada time tu 2 dewasa dan 1 kanak-kanak je. Still save! Nak tau harga entrance fee untuk Petrosains, KLCC, rujuk SINI.


Bila dah jumpa ‘dinasour’ kat dalam tu, aku cakap kat dia, "Ha, ni lah dinasour yang kamu nak sangat tengok tu".

Tengok gigi dinasour ni...


Korang tau dia jawab apa kat aku?? "Ek eleh, dinasour tipu je. Ingatkan dinasour betul. Tengok, gigi pun tak tajam. Gigi Amer lagi tajam". Agak bengang gak la dengan jawapan dia. Tapi aku senyum je lah... Alahai adikku...

Dengan budak bijak..

Post a Comment