Column

Tuesday, November 16, 2010

Go Crazy With Pizza Hut EXTREME CHEESY 6 PIZZA


Extreme Cheesy 6 Pizza!!

Hari Deepavali yang lepas aku pergi Pizza Hut kat Jalan Kuchai Lama. Dah lama sebenarnya nak pergi makan pizza tapi tak berkesempatan. Jadi, lepas je aku tengok iklan Pizza Hut's Extreme Cheesy 6 Pizza. Buntut ni macam panas je. Tak boleh nak dok diam dah. Terus je aku ajak adik-adik aku pergi makan pizza yang ada 6 jenis keju yang best-best tu. Kitorang ni memang gila kalau dengar perkataan 'CHEESE'. Pantang betul! Bukan pantang apa pun. Kitorang ni pantang dengar dan pantang nampak, memang nak terjah je. Kebetulan pulak hari tu ada perayaan besar Malaysia untuk kaum India, Deepavali. Lagipun, ni antara moment yang akan terabadi untuk adik aku yang last, si Mira sebab minggu tu result UPSR akan keluar. So, aku bawa dia pergi makan supaya dia tak risau sangat dan tak payah nak fikir-fikir sangat pasal result tu. Kesian gak kat dia.

Memang Pizza Hut's Extreme Cheesy 6 Pizza tu terbaiklah!! Wallah!! Aku paling suka combination keenam-enam jenis keju tu, parmesan, mozzarella, romano, cheddar, provolone and Monterey Jack.


Sampai berebut sekeping pizza

Suapan penuh kasih sayang
Meleleh air liur. Tambah pulak makan dengan sup cendawan yang memang enak dan beberapa side dishes favourite aku, Beef Bolognese dan garlic bread. Sampai sekarang masih terasa keenakan dan kelazatan kejunya. Memang kenalah aku dan adik-adik aku yang gila-gila makan pulak Pizza Hut's Extreme Cheesy 6 Pizza yang memang untuk orang gila kentang keju macam kitorang ni.



Yummy! Yummy! 6 keju dalam 1 pizza


Bila balik ke rumah, aku sampai terbawa-bawa dalam mimpi pasal pizza yang terbaek ni. Sampai gigit bantal, ingatkan makan pizza. Memang tak boleh blah la. Sangat best!!


I’m crazy about Cheeeeeeeeeeeeeeeeeese!
Post a Comment