Column

Monday, November 1, 2010

Kursus 'English for Effective Communication'

Minggu lepas aku pergi kursus 'English for Effective Communication' dari 25 hingga 28 Oktober 2010 di Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam.  Macam-macam kenangan dan pengalaman aku kat sana. Team aku semua wanita-wanita sejati.  Hahaha....ayat, xhingat!!! Dah namanya pun kursus berkaitan komunikasi kan, jadinya, semua aktiviti pun melibatkan komunikasi la. Yang paling special bila kitaorang main game 'Taboo'.  Korang pernah dengar tak game ni?  Bagi aku, ni adalah kali pertama aku dengar nama game ni. Game ni pasal 'word'.  Meh sini aku describe sikit pasal game ni.

Game: Taboo
Cara nak main game ni.  Kena ada seorang yang pegang kad tu dan cuba menggunakan apa sahaja perkataan untuk describe word yang ada pada kad tu untuk ahli kumpulannya yang lain teka tetapi tak boleh guna 5 perkataan (kata kunci) yang ada pada kad tu.  Contohnya: perkataan yang dicari: STAR perkataan yang tak boleh sebut: MOON, SKY, DAY, FILM, MOVIE. Kalau ahli kumpulan dapat teka.  Dapatlah markah.

Memang time main game ni, semua orang enjoy, semangat berkobar-kobar nak dapatkan jawapan yang betul.  Disebabkan peserta kursus cuma 20 orang. So, ada 2 kumpulan je la time main game ni. Aku dgn roomate aku siap minta kebenaran dengan lecturer tu minta bawa balik ke bilik kitorang untuk main game tu. Hehehe...punyalah syok main.

Saat-saat yang best lagi adalah waktu kitorang diminta siapkan presentation.  Waktu tu lah macam-macam hal jadi. Kelakar ada, seram ada, best pun ada.  Macam-macam idea yang keluar. Logik ada. Tak logik pun ada. Bab seram tu pulak, bila one of my housemate terdengar dan ternampak sesuatu. Memang malam kitorang tidur sebilik la jawabnya. Elok-elok berdua (twin sharing), terus jadi berempat. Diorang siap bawa kain selimut, bantal bagai datang bilik aku. Memang kelakar. Lawak tak hingat!

Kesimpulan aku dapat dari kursus ni, aku dapat improve English aku sikit-sikit dan pengalaman yang tiada bandingannya.

P/s: Lepas ni kalau ada kursus kat tempat ni lagi (as mention above) memang aku tak mau pergi lagi. Serik!!

Post a Comment