Column

Wednesday, October 20, 2010

Raya 2010

Lamanya tak update blog ni. Dari sehari ke sehari nak update tapi tak terdaya sebab lappy rosak (skrinnya cracked)..Sedih sangat. Mahal pulak tu nak repair- RM700. huh, menitik peluh dengar.

Untuk entri kali ni, aku nak kongsi sikit perihal raya aku sepanjang tahun 2010 ni. Tahun ni walaupun nampak macam tak berapa nak best je kan tapi tetap best la..(mula dah ke'bengong'an aku ni). Antara event raya yang aku menghadirkan diri, majlis raya di Puspanitapuri, Putrajaya. Aku dapat jemputan untuk majlis ni pun sangatlah last minute nya. Event jam 2.00 petang, jam 11.00 pagi baru aku diberitahu. Ni aku share sikit foto2 aku dan officemate aku sepanjang event tu. Tak banyak amik gambar pun sebab memasing sibuk menyembang dan menyanyi sesama dengan penyanyi-penyanyi jemputan. Hehehe... Semuanya kaki melalak.

Ni  Kak Nora. Dia memang gila makan. Bagilah apa saja memang gerenti abis punya!!















Aku yang kelaparan

Dessert: Kuih Tradisional
Laksa: favorite Asnor (my officemate)
Muka2 tak ready nak pergi jamuan. Dari kiri: Asnor, Kak Yah, Kak Nora
Menu utama: memang meleleh air liur


Ni pulak, sekitar majlis raya anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kat Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Tak pasal2 aku kena jadi penyanyi jemputan wakil ofis aku (ISM). Kengkawan aku kata aku ni artis. Ha, artis ko!! Artis ke hape kalau naik je stage tu terus suara tersekat kat kerongkong tapi terus nyanyi gak. Lagu raya pulak tu (Suasana Riang Di Hari Raya). Bak kata Kak Yah, suara berminyak. Hahaha...Apa punya peribahasa la tu. Tapi sepanjang majlis ni memang aku tukang habiskan makanan atas meja tu sebab banyak sangat yang diorang amik tapi tak habis makan. Artis jemputan pun boleh tahan ramainya. Ada Bob AF, Haziq (ala, dak kecik tu), Jay Jay, Jeffrydin, Alya, Black, Mila AF5, Ally Iskandar. 

Yang lagi gempak bila meja aku menjadi tumpuan dari awal hingga akhir majlis. Situlah tempat artis nak menyanyi, situlah tempat artis ajak kami nyanyi sama, siap pas mic lak tu suruh kitorang nyanyi sama. Kalau ada award la hari tu untuk meja paling havoc, memang confirm2 meja kami yang dapat. Tahniah untuk Puan Salmi (a.k.a manager meja artis), Linda (our photographer for the day), Kak Yah (mata sentiasa tak dok diam sebab pantau keadaan keliling) dan Kak Nora (sepatutnya dia yang perform tapi ganti dengan aku sebab dia tak ada suara hari tu). Meh la kita review gambo sepanjang majlis tu. Pun ada sikit je.

Stage pertama buat aku gugup bila kena perform

Ni la meja yang paling havoc dan satu2nya meja yang waiter tak nak clearkan.
Ni la waktunya tercatat dalam sejarah, menyanyi di kalayak ramai.
Mila yang sangat comel
Ally yang suka attack meja kitorang
Ada lagi 2,3 majlis yang pergi tapi terlupa nak snap gambar. Tapi yang kat atas tu je yang boleh dikira meriah.  Yang penting untuk tahun ni, tak ada majlis raya yang memalukan aku (aku rasa la).

Shilazizi: 
Raya ala kadar je tahun ni. Tak buat rumah terbuka pun. InsyaAllah tahun depan ada la kot.

Post a Comment