Column

Saturday, October 15, 2011

Terjun Tiruk kat Langat!

Lama dah rasanya aku tak rasa suasana aman damai tenang dan sewaktu dengannya bila lepak dalam hutan, tepi air terjun. Aku rasa ada kot dalam setahun lebih. Ntah ntah dah 2 tahun lebih pun..(nak jugak yang lebih tu..) Finally, Gendut ajak aku pergi piknik dengan kengkawan dia kat Sg. Gabai. Ala, setakat Sg. Gabai je kot..dekat je dengan rumah aku (ada gaya berlagak tak??hmm). Tak kisah la. Janji ada sungai, dekat pun dekat la kan.... Korang tau tak, nama je dekat dengan rumah aku tapi sepanjang aku dok kat Langat ni dah 10 tahun ++, ni lah 1st time aku pergi Sg. Gabai untuk piknik. Caya tak??? Tak caye? sila la percaya ye.. ini betul-betul bukan cobaan.hehe...

Seawal jam 7.30 pagi Gendut n geng dah tunggu aku kat Petronas. Yang lawaknya,Gendut sendiri pun tak call aku suruh siap. Aku tunggu dia roger baru aku bersiap. Dah kalau dia senyap,aku pun buat donno je la kat umah kan. Dah dekat kul 8 lebih,baru Gendut call tanya aku. Siap bebelkan aku lak tu. Memang tak ar! Dia sendiri yang tak call langsung,tetiba nak bebel. Ok stop setakat itu. Memandangkan aku berhati pelangi sebab nak piknik kat air terjun,takde la aku nak ngamukkan dia kan. Lagipun aku dah siap awal lagi. Semangat hutan katakan. hik3..

Kitorang pergi dengan 2 buah kereta & 5 biji motor (kalau tak silap ler..). Sampai kat Gabai,1st mende yang terlintas kat kepala aku bila tengok tang tangga dia yang menyayup tu,'umangai,sejibik macam nak naik kinabalu!' Dahlah aku takde stamina ni. Leh ke aku daki setinggi tangga kat batu caves tu.

Korang tau tak,aku berjaya sampai ke air terjun yang cantik, subhanallah!! Even aku tak cukup stamina. Siap bawa tikar sekali. Gendut yang last skali sampai sebab dia Gendut sangat. hehehe.. Dah la bawa bekas flas bihun goreng lak tu. Gendut jangan marah ek kalau baca citer ni. Keep smiling babe!! Yang penting sampai jugak. Lepas ni boleh la ajak dia daki Gunung Kinabalu or lelain gunung dalam Mesia ni. I like!!

Aktiviti kitorang, bakar ayam,sosej. makan bihun goreng,kuih,sandwich..yang penting: mandi & terjun tiruk. Aku? Yang lelain semua aku join tapi bab mandi aku excuse sebab? (censored) Aku jadi fotographer tak bertauliah je. Time lepak dengan diorang,tetiba aku rasa rindu kat geng camping aku yang dulu..Boy,Abe,Alep,Asler,Kong,Jempol..sume dah kawen.

Takpe la. Sekarang aku dah dapat geng baru. Even tak sama macam dulu tapi tetap meriah. Lama gak dok kat Gabai tu sampai ke petang. Memang enjoy giler. Memacam ragam diorang buat aku happy sepanjang hari tu. Thanks guys. Gendut, u make my day!! Love u lah! (tetiba nak jiwang sangat la pulak kan..jangan marah)

Aktiviti seterusnya main futsal dengan diorang pulak. I like!!

Post a Comment